Alatan Asas Penting Di Rumah


Peribahasa Melayu "sediakan payung sebelum hujan" boleh kita jadikan sebagai pengajaran untuk sentiasa bersiap bersedia dalam apa jua keadaan. Di rumah kita, penyediaan alatan asas sangat penting untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. Di bawah kami sediakan beberapa alatan asas yang perlu ada di setiap rumah untuk langkah persediaan awal.

1. Pemutar Skru

Set pemutar skru ini saya rasa benda paling asas yang perlu ada di rumah. Cuba fikir, macam-macam boleh dibuat dengan alat ini. Sekurang-kurangnya mata pemutar skru jenis flat atau philip ada dalam kotak alat kita. Dari segi saiz pula, anda perlu agak-agak sendiri berdasarkan penggunaan di dalam rumah.

2. Tukul

Kebiasaannya tukul digunakan untuk ketuk paku untuk gantung kerangka gambar, nak paku dinding dan macam-macam lagi. Selain itu, tukul kuku kambing yang boleh digunakan untuk cabut paku dan tukul warrington yang kedua-dua kepala tukul sama.


3. Sepana Boleh Laras
Alat asas untuk penggunaan kemasan bolt dan nuts kat rumah. Beli yang sederhana besar ataupun bergantung kepada saiz yang anda selalu guna di rumah. Jimat sedikit jika di bandingkan anda membeli satu set spanar tak boleh laras. Melainkan anda memang seorang handyman ataupun mekanik yang memerlukan set spanar yang banyak.


4. Pita Pengukur
Penting apabila anda hendak mengukur ketinggian atau keluasan sesuatu benda. Contohnya nak beli perabut baru, anda perlu kira ukurannya, manatahu takut nanti tersalah beli dan menyebabkan ruang rumah anda makin sempit.


5. Playar
Playar ada banyak jenis dan yang paling asas dan paling dikenali ialah combination pliers sebab ia kombinasi beberapa fungsi seperti untuk menyepit, memulas dan memotong wayar. Jika anda pernah menggunakannya, anda mesti tahu kepentingannya.


6. Gerudi
Jenama yang reliable dan berkualiti bagi saya samada Bosch atau Makitta.


7. Kunci Allen
Kalau anda beli perabut contohnya katil besi, mesti ia didatangkan dengan satu kunci Allen kan? Jadi. simpan elok-elok kunci Allen itu supaya lain kali mudah nak ketatkan balik. Kunci Allen juga mempunyai pelbagai saiz.


8. Level
Penting apabila anda nak gantung TV holder/bracket pada dinding rumah. Takut nanti tidak selaras TV anda. Selepas itu setiap kali nak gantung kerangka atau hiasan dinding mesti gunakan level supaya sama paras.


9. Teflon Tape
Teflon tape digunakan untuk balut thread paip di rumah. Contohnya pili, dan soket. Selalunya apabila pili paip dah bocor, perlu tukar pili baru dan semestinya perlu letak teflon tape untuk mengelakkan kebocoran.


10. Pen Uji
Alatan asas dalam kerja-kerja elektrikal ialah pen uji. Jadi perlu simpan satu untuk menguji arus elekrik dalam sesuatu litar. Senang untuk anda buat troubleshooting.


11. Tangga
Tangga penting ada di rumah terutama semasa mahu tukar mentol yang terletak di tempat tinggi, tukar kain langsir, cuci kipas dan sebagainya.


Itu sahaja barangan asas yang perlu ada di setiap rumah. Sebagai ketua keluarga ataupun pemilik rumah perlulah menyediakan alatan ini semua. Harap dapat membantu anda semua yang membaca. Terima kasih.


Perlukan barang hardware untuk rumah anda?

Beli sahaja dengan kami di Vila Hardware


Tekan link dibawah untuk beli di shopee kami

https://shopee.com.my/vilahardwareenterprise


atau call terus untuk sebarang pertanyaan

Vila Hardware - 047374070


#vilahardware #hardwareutara #hardwaremurah

Comments

Popular posts from this blog

Jenis-jenis tukul dan fungsinya

Jenis - Jenis Spannar

Perbezaan Antara Paip PVC dan UPVC