Jenis-jenis tukul dan fungsinya


 

Tukul merupakan satu alat tangan yang digunakan dalam bengkel kejuruteraan. Pada amnya tukul boleh dibahagikan kepada dua jenis, tukul besi dan tukul lembut

1. TUKUL BESI

Tukul besi digunakan untuk kerja kerja menggegas dan menanda. Muka dan bongkol kepala tukul di keraskan dan dibaja dengan baik supaya tidak mudah sumbing dan mengembang apabila ditukul. Bahagian keliling lubang dan leher dibiarkan lembut. Batang tukul diperbuat dari kayu hickory, ash atau spotted gum. Berat tukul besi ialah antara 25 kg hingga 1.5 kg. Untuk kerja-kerja am, tukul seberat 0.5 kg hingga 1 kg digunakan. Tukul yang ringan digunakan untuk  kerja-kerja menanda . Menukul boleh dilakukan dengaan kuasa jentera selain dengan cara biasa, iaitu dengan tangan.

JENIS-JENIS TUKUL BESI

a : Tukul bongkol bulat (
Ball peen hammer)
b : tukul bongkol lurus (Straight peen hammer)
c : tukul bongkol tirus (Cross peen hammer)

a) Tukul bongkol bulat

Bongkol kepala tukul ini berbentuk separuh bulat. Bahagian permukaan rata digunakan untuk menatal dan membuat kerja am seperti untuk menukul kepala pahat dan alat-alat menanda . Bongkol bulat pula digunakan untuk meribet.


b) Tukul bongkol lurus

Kepala tukul ini  searah dengan paksi hulunya. Tukul jenis ini digunakan untuk menukul bahagian –bahagina yang tidak bolih dilakukan oleh tukul kepala bulat.


c) Tukul bongkol tirus

Kepala tukul ini bersudut tepat dengan paksinya. Kegunaannya sama dengan tukul bongkol lurus. Kecuali sudut  penggunaan nya berbeza. Tukul ini digunakan jika tukul kepala lurus tidak boleh digunakan.

2. TUKUL LEMBUT


Tukul lembut digunakan untuk menukul bendakerja yang telah siap supaya permukaan bendakerja itu tidak rosak. 

Tukul lembut juga terbahagi kepada tiga jenis :

a : Tukul bongkol kulit
b : Tukul bongkol plastik
c : Tukul bongkol gangsa



a) Tukul bongkol Kulit

Tukul ini digunakan keatas logam lembut saperti tembaga atau loyang. Ia tidak akan meninggalkan kesan pada bendakerja



b) Tukul bongkol plastic

Digunakan pada logam lembut yang biasa digunakan dalam bengkel. Tetapi apabila ia digunakan pada logan yang lebih lembut, hendaklah lebih berhati-hati, supaya tidak meninggalkan kesan.



c) Tukul bongkol gangsa

Apabila tukul ini di hentak , ia tidak akan melantun saperti kedua-dua jenis tukul diatas. Hentakan yang kuat boleh dilakukan tetapi haruslah berhati-hati terhadap logam yang dihentak adalah logam lembut. Ia digunakan semasa kerja kerja pemasangan.

Perlukan barang hardware untuk rumah anda?

Beli sahaja dengan kami di Vila Hardware


Tekan link dibawah untuk beli di shopee kami

https://shopee.com.my/vilahardwareenterprise


atau call terus untuk sebarang pertanyaan

Vila Hardware - 047374070


#vilahardware #hardwareutara #hardwaremurah

Comments

Popular posts from this blog

7 Perbezaan Warna Topi Keselamatan

Jenis-Jenis Simen Bahan Binaan