Posts

Showing posts from May, 2021

Jenis Gergaji dan Fungsinya

Image
Gergaji Triplek  (Coping Saw) Coping saw  adalah gergaji yang digunakan untuk memotong triplek atau papan kayu. Mata gergaji ini kecil, tajam dan bisa dilepas atau diganti jika sudah tumpul. Gergaji triplek membentuk huruf “U” yang dapat mempermudah pemotongan pada pola-pola lengkung. Dengan menggunakan gergaji ini pemotongan triplek lebih maksimal, pola potongan rapi dan papan tidak ‘sobek’ ketika proses pembentukan. Gergaji Besi  (Hacksaw) Hack saw adalah gergaji yang digunakan untuk memotong benda berbahan dasar logam seperti misalnya besi. Selain besi gergaji ini biasa digunakan untuk memotong kayu ataupun pvc. Hack saw atau gergaji besi memliki mata gergaji yang halus dan rapat, bobotnya juga cukup ringan. sama seperti coping saw, mata gergaji besi bisa dibuka/dilepas dari dudukannya. Backsaw Gergaji backsaw adalah gergaji yang digunakan untuk memotong kayu. Hasil dari pemotongan benda kerja oleh gergaji ini lebih halus dan konsisten pada pemotongan tipe lurus dibandingkan

Perbezaan Antara Paip PVC dan UPVC

Image
Apakah perbezaaan paip PVC dan UPVC ? Proses pembuatan Dalam kebanyakan kes, kedua-dua jenis diperbuat daripada polyvinyl chloride polimer.   Walau bagaimanapun, pengeluar paip ini juga boleh mencampur pelbagai plasticizer ke dalam campuran untuk menjadikannya lebih mudah digunakan.   Apabila pengeluar plastik ini tidak digunakan, paip itu dipanggil UPVC. Sifat Pembezaan antara paip UPVC dan PVC juga meliputi sifat-sifat.   Pemprosesan plastik digunakan dalam paip PVC, dan phthalates adalah yang paling biasa.   Pengelupasan ini dan lain-lain adalah ester tak berwarna tanpa bau.   Apabila diletakkan di PVC, mereka membuat paip yang dihasilkan lebih mudah dibengkokkan dan fleksibel dengan meningkatkan fleksibiliti keseluruhan.   UPVC tidak mengandungi pelapis, dan UPVC tidak mengandungi PVC BPA. Pempel plasticizer dihasilkan apabila asid dan alkohol bertindak balas secara kimia.   Asid yang biasa digunakan termasuk anhydride phthalic dan asid adipic.   Terdapat pelbagai jenis alkohol, ga

7 Perbezaan Warna Topi Keselamatan

Image
  Jika anda perasan, ada banyak warna yang berbeza bagi topi keselamatan pekerja-pekerja di tapak binaan. Ada warna putih, kuning, hijau, merah dan biru. Malah bagi sesetengah tempat, warna coklat dan kelabu juga digunakan. Apa yang membezakan warna-warna ini? Menurut  portal Civilology , perbezaan warna pada topi atau helmet keselamatan ini mungkin berbeza mengikut pada syarikat, namun terdapat satu standard yang perlu diikuti. Tujuan membezakan warna topi keselamatan ini adalah untuk: Mengenali seseorang serta tanggungjawabnya Mengelakkan kemalangan. Perlindungan asas kepada kepala. Berikut adalah perbezaan warna topi keselamatan mengikut kepada pemakainya : Warna putih – Manager, engineer, supervisor dan foremen. Warna biru – Electrician, carpenters dan operator teknikal yang lain selain daripada pekerja sivil atau buruh. Warna hijau – Safety officers. Warna merah – Fire fighters. Warna kuning – Pekerja buruh. Warna coklat – Welders dan pekerja yang mengendalikan mesin panas da

Jenis - Jenis Spannar

Image
  Spannar adalah salah satu alatan asas yang sering digunakan dalam dunia automotif. Namun ia juga merupakan alatan asas yang perlu ada di setiap rumah untuk sebarang kegunaan berkaitan. Spannar juga mempunyai beberapa jenis dan kegunaannya yang tersendiri.  1. Open End Spanner (Spanar Hujung Buka) - Spanar jenis ini juga digunakan bagi mengetat atau melonggarkan nat. Sepana ini biasa digunakan pada tempat yang terbuka 2. Ring Spanner (Spanar Gelang) - Spanar jenis ini kedua-dua hujung bentuk gelang. Ia mempunyai saiz yang berbeza pada satu pepenjuru dengan lain. Gelang mempunyai segienam atau segidua belas. 3. Combination Spanner (Spanar Gabung) - Spanar ini adalah gabungan sepana hujung terbuka dan sepana gelang. Mencari spannar dengan harga murah ? klink SINI 4. Adjustable Spanner (Spanar Boleh Laras) - Spanar jenis ini boleh dilaraskan mengikut saiz nat dengan memutarkan skru pelaras yang terdapat pada badannya. 5. Pipe Wrench (Spanar Paip) - Spanar paip digunakan pemaipan kerja-ke

Jenis-jenis tukul dan fungsinya

Image
  Tukul merupakan satu alat tangan yang digunakan dalam bengkel kejuruteraan. Pada amnya tukul boleh dibahagikan kepada dua jenis, tukul besi dan tukul lembut 1. TUKUL BESI Tukul besi digunakan untuk kerja kerja menggegas dan menanda. Muka dan bongkol kepala tukul di keraskan dan dibaja dengan baik supaya tidak mudah sumbing dan mengembang apabila ditukul. Bahagian keliling lubang dan leher dibiarkan lembut. Batang tukul diperbuat dari kayu hickory, ash atau spotted gum. Berat tukul besi ialah antara 25 kg hingga 1.5 kg. Untuk kerja-kerja am, tukul seberat 0.5 kg hingga 1 kg digunakan. Tukul yang ringan digunakan untuk  kerja-kerja menanda . Menukul boleh dilakukan dengaan kuasa jentera selain dengan cara biasa, iaitu dengan tangan. JENIS-JENIS TUKUL BESI a : Tukul bongkol bulat ( Ball peen hammer) b : tukul bongkol lurus ( Straight peen hammer) c : tukul bongkol tirus ( Cross peen hammer) a)  Tukul bongkol bulat Bongkol kepala tukul ini berbentuk separuh bulat. Bahagian permukaan rat

Alatan Asas Penting Di Rumah

Image
Peribahasa Melayu "sediakan payung sebelum hujan" boleh kita jadikan sebagai pengajaran untuk sentiasa bersiap bersedia dalam apa jua keadaan. Di rumah kita, penyediaan alatan asas sangat penting untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. Di bawah kami sediakan beberapa alatan asas yang perlu ada di setiap rumah untuk langkah persediaan awal. 1. Pemutar Skru Set pemutar skru ini saya rasa benda paling asas yang perlu ada di rumah. Cuba fikir, macam-macam boleh dibuat dengan alat ini. Sekurang-kurangnya mata pemutar skru jenis flat atau philip ada dalam kotak alat kita. Dari segi saiz pula, anda perlu agak-agak sendiri berdasarkan penggunaan di dalam rumah. 2. Tukul Kebiasaannya tukul digunakan untuk ketuk paku untuk gantung kerangka gambar, nak paku dinding dan macam-macam lagi. Selain itu, tukul kuku kambing yang boleh digunakan untuk cabut paku dan tukul warrington yang kedua-dua kepala tukul sama. 3. Sepana Boleh Laras Alat asas untuk penggunaan kemasan bol