Jenis Pasir Untuk Binaan


Pasir juga merupakan salah satu bahan yang penting dalam pembinaan rumah. Sembilan puluh peratus daripada pasir yang diekstrak digunakan dalam pembinaan. Pasir digunakan di hampir setiap peringkat pembinaan - bermula dengan bantal untuk asas rumah dan berakhir dengan kemasan akhir premis. Pasir ditambah kepada mortar konkrit, batu masukan, asfalt, serta lapisan perlindungan galas dan fros dalam pembinaan jalan.

Terdapat beberapa jenis pasir untuk pembinaan antaranya:

Pasir Lombong

1) Adalah pasir yang digali dari lombong. 

Pasir ini banyak digunakan dan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu pasir halus dan pasir kasar. 

a) Pasir halus – mengandungi sedikit tanah adalah sesuai untuk mengikat bata apabila dibancuhkan dengan pasir dari sungai dan simen. Bancuhan ini menghasilkan mortar yang berplastik dan mudah melekat.

b) Pasir kasar tidak sesuai digunakan untuk membancuh mortar. Ia lebih sesuai digunakan dalam kerja konkrit dan membuat bongkah. 

2) Mutu pasir lombong boleh dipertingkatkan dengan membersihkan kandungan tanahnya dengan air. 

Pasir sungai 

1) Mutunya baik jika tidak mengandungi kekotoran. Bancuhan mortar atau konkrit dengan pasir sungai sahaja adalah susah dikerjakan. Oleh itu, sejenis bahan yang dinamakan pemudah-adun (plasticizer) kadang-kadang digunakan untuk menambahkan kesenangan kerja dalam kerja-kerja bagi mortar atau konkrit itu. 

2) Jika bahan ini tidak digunakan, bancuhan mortar akan memerlukan lebih banyak simen untuk mendapatkan kesenangan kerja yang sama. 

Pasir pantai laut 

1) Pasir yang didapati dari pantai laut aalah tidak sesuai digunakan kerana pasir ini mengandungi garam yang akan menyebabkan keadaan peroi pada peermukaan bangunan yang menggunakannya.


Harap anda dapat belajar sesuatu.

Kredit - azamansaidin.blogspot


Mencari pasir untuk bahan binaan?

order sahaja denga kami di Vila Hardware

kami akan hantarkan kepada anda (kawasan sekitar Alor Setar)

tekan link di bawah untuk wasap

https://vilahardware.wasap.my/


atau call sahaja kami

Vila Hardware : 04-7374070


#vilahardware #hardwarealorsetar #bahanbinaan


Comments

Popular posts from this blog

Jenis-jenis tukul dan fungsinya

Jenis - Jenis Spannar

Perbezaan Antara Paip PVC dan UPVC