Jenis-Jenis Batu bata Binaan


JENIS-JENIS BATU BATA 

Posting yang lepas kita dah kenali jenis-jenis simen, hari ini kita tengok pula jenis-jenis batu bata untuk binaan. Bata juga mempunyai beberapa jenis dan fungsi masing-masing.

 

1. BATA TANAH LIAT

 I. BATA BIASA

  •  Bata jenis ini tidak mempunyai kemasan tertentu di atas permukaannya.
  •  Biasanya digunakan untuk dinding-dinding sekatan yang akan ditutupi dengan lapisan lepa, atau untuk kegunaan lain yang rupa permukaannya tidak begitu mustahak.

 II. BATA MUKA

  •  Bata jenis ini mempunyai kemasan pada permukaannya, sama ada bertekstur, licin atau berpasir. Warnanya adalah segaya atau berwarna-warni.
  •  Bata ini digunakan untuk dinding muka supaya kelihatan cantik dan sifatnya hendaklah lasak terhadap cuaca.

 III. BATA KEJURUTERAAN

      Bata kejuruteraan ialah bata yang padat

      Kegunaan :

·         Tembok penahan

·         Dinding atau tembok-sambut yang

·         Menanggung beban

·        Tembok-landas dan tembok-sambut jambatan

·         Pembentungan bata

·         Bentuk-bentuk dinding lain yang mungkin terdedah kepada tindakan asid dan hakisan

2. BATA TAHAN API

  • Bata api ialah jenis bata khusus, yang digunakan untuk mengalas atau melapik lubang cerobong, dandang dan tanur, atau kerja-kerja lain di mana keadaan tahan haba diperlukan
  • Bata ini dibuat daripada tanah liat sabak yang haba atau suhu yang tinggi.
     3. BATU BATA PASIR KAPUR (KALSIUM SILIKAT)

  • Bata ini diperbuat daripada bahan campuran kapur dengan pasir dan sedikit air
  • Antara kegunaan bata ini ialah:
  • Sesuai digunakan dalam kerja yang memerlukan kuatan yang tinggi atau sentiasa terendam di dalam air
  • Bata bangunan bagi kerja memagar disebelah luar
  •  Bata yang diikat dengan motar

Kredit - batubatasubjekkv.blogspot.com

Belajar sesuatu?

Jangan lupa like dan share

Perlukan bata untuk binaan?
Order sahaja dengan kami


tekan link di bawah untuk wasap
https://vilahardware.wasap.my/

atau call sahaja kami
Vila Hardware : 04-7374070

#vilahardware #hardwarealorsetar #bahanbinaan

Comments

Popular posts from this blog

Jenis-jenis tukul dan fungsinya

Jenis - Jenis Spannar

Perbezaan Antara Paip PVC dan UPVC