Posts

Showing posts from April, 2021

Jenis Pasir Untuk Binaan

Image
Pasir juga merupakan salah satu bahan yang penting dalam pembinaan rumah.  Sembilan puluh peratus daripada pasir yang diekstrak digunakan dalam pembinaan. Pasir digunakan di hampir setiap peringkat pembinaan - bermula dengan bantal untuk asas rumah dan berakhir dengan kemasan akhir premis. Pasir ditambah kepada mortar konkrit, batu masukan, asfalt, serta lapisan perlindungan galas dan fros dalam pembinaan jalan. Terdapat beberapa jenis pasir untuk pembinaan antaranya: Pasir Lombong 1) Adalah pasir yang digali dari lombong.  Pasir ini banyak digunakan dan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu pasir halus dan pasir kasar.  a) Pasir halus – mengandungi sedikit tanah adalah sesuai untuk mengikat bata apabila dibancuhkan dengan pasir dari sungai dan simen. Bancuhan ini menghasilkan mortar yang berplastik dan mudah melekat. b) Pasir kasar tidak sesuai digunakan untuk membancuh mortar. Ia lebih sesuai digunakan dalam kerja konkrit dan membuat bongkah.  2) Mutu pasir lombong boleh dipert

Jenis-Jenis Batu bata Binaan

Image
JENIS-JENIS BATU BATA   Posting yang lepas kita dah kenali jenis-jenis simen, hari ini kita tengok pula jenis-jenis batu bata untuk binaan. Bata juga mempunyai beberapa jenis dan fungsi masing-masing.   1. BATA TANAH LIAT   I. BATA BIASA   Bata jenis ini tidak mempunyai kemasan tertentu di atas permukaannya.   Biasanya digunakan untuk dinding-dinding sekatan yang akan ditutupi dengan lapisan lepa, atau untuk kegunaan lain yang rupa permukaannya tidak begitu mustahak.  II. BATA MUKA   Bata jenis ini mempunyai kemasan pada permukaannya, sama ada bertekstur, licin atau berpasir. Warnanya adalah segaya atau berwarna-warni.   Bata ini digunakan untuk dinding muka supaya kelihatan cantik dan sifatnya hendaklah lasak terhadap cuaca.  III. BATA KEJURUTERAAN       Bata kejuruteraan ialah bata yang padat       Kegunaan : ·          Tembok penahan ·          Dinding atau tembok-sambut yang ·          Menanggung beban ·          Tembok-landas dan tembok-sambut jamba

Jenis-Jenis Simen Bahan Binaan

Image
JOM KENALI JENIS-JENIS SIMEN Anda mesti tidak tahu kan yang simen juga mempunyai beberapa jenis. Jom kita sama-sama belajar . 1- Simen Biasa (Ordinary Portland Cement) 2- Simen cepat mengeras (Rapid hardening cement) 3- Simen alumina (High Alumina cement) 4- Simen cepat membeku (rapid setting cement) 5- Simen Haba rendah (Low heat cement) 6- Simen penahan sulfat (Sulfate resistant cement) . Fungsi : + Simen Biasa (Ordinary Portland Cement) - Untuk pembinaan umum digunakan secara meluas - Digunakan pada tempat, tanah dan air yang tidak mengandungi sulfat - Hanya 10 % alumina . + Simen Cepat mengeras (Rapid Hardening Cement) - Lebih halus dari simen biasa - Lebih mahal berguna untuk kerja pembaikan - Cepat mengeras dan digunakan pada tempat yang memerlukan kekuatan yang cepat. - Kelebihan acuan boleh ditanggal lebih awal (lebih separuh) . + Simen Alumina (High Alumina Cement) - Kandungan 40% alumina - Menahan suhu panas, serangan sulfat dan asid dalam tanah - Untuk struktur penahan tanah